Sunday, February 28, 2010

Bila zaRa moody...

zara yang ade angin kus kus...ni time lepak2 malam kat umah...lari sana..lari sini..berpeluh2..so mama bukakkan baju..seksi jap...ehehhehe...pastu toncit kan rambut dia..ekceli zara ni tak suka ikat rambut ke..pakai hairband ke..hairclip ke (my dotter macam boy ok)...tiap kali ikatkan rambut dia..tak sampai 1 minute mesti dia bukak...tapi kali ni lama skit..sebab dia cam tak perasan lak mama toncitkan atas rambut dia..slalu belakang...hehehehe...lagi 1, zara ni tak buleh berenggang dgn si upin ipin...kat umah tu ade upib kecik..ipin besar..dvd upin ipin sampai dia dah hafal skrip..kat dlm kereta pun nak tgk dvd upin ipin gak..honestly, byk word yang zara pandai ckp skrg ni blaja dr upin ipin...aduhaaiii...yang doll si ipin plak nie..mmg dia usung sana sini..tido ke..jalan ke..kalau nak mkn ke..minum ke..nak minum susu dia..dia akan suruh kita suap ipin ni dulu..caring sungguh dengan si ipin nie..zara tak panggil ipin...dia panggil APIN...ape2 la zara oiii...

sayanggggg apin...kissshhhh..



ape pandang2???



kembar yang tak dpt dipisahkan..

DaddY..Mama..ZaRa... 'Z'...

ahad pulak lps lunch pegi kedai furniture..belikan zara tilam single..plan asalnye nak belikan adik zara crib baru...zara pakai crib dia..tapi pikir2 balik..next year nak pindah..so ade 2 crib nak buat ape kan..so finally decided bagi adik zara pakai crib dia..zara akan tido kat tilam, sebelah katil mama...adik nanti tido sebelah daddy...so daddy belikan zara tilam single..memandangkan zara pakai tilan je, daddy belikan zara tilam yang elok, tebal..biar sedap tido..(sethn je syg ye..next year dah pindah daddy belikan zara full complete bedding set utk bilik zara)..finally beli kat 1 kedai yang ade 5yrs warranty...okla..puas hati dgn kualiti dia...

next plak, pegi jusco keramat...nak cari barang skit..so disebabkan nak senang beli barang..daddy bwk zara main2 kat playland..mama pegi beli brg skit...kalau tidak, berkejar2 3 beranak ni nanti..haru 1 jusco tu kang..hihihi...

zara @ indoor playland





antara brg2 junior 'Z'..lupe nak snap gambo..thanks to google..
ekceli beli bedding set, mittens & booties, diaper change mat & bedding set yang baru utk tilam zara..gambo zara punye takde..


tinggal zara..bawak zara..

ape punye topik..hehehhehe..

ok..to cut it short..

tinggal zara - pagi sabtu lepas ade check up 21wks..so kali ni malas nak bwk zara..bukan ape..everytime bawak, dia akan nangis time mama nak kene scan..takut sgt doc buat ape2 kat mama...haiyaaa..so everytime scan. daddy tak dpt nak tgk sbb kene bawak zara keluar...sian daddy...hihihi..so kali ni tinggalkan dia..tapi kan bukan sng nak tinggalkan dia..lepas kitaorg siap2 tu, zara dah buat muka menggelabah..dia terus nak bukak baju..pleik agaknye pesal zara sorang tak siap lagi, mama & daddy dah siap..panggil maid bwk zara pegi mandi so dptla kitaorg melarikan diri...zara takmau..nangis2 nak kene mandi..so tgh dia mandi..mama & daddy lari...hihihi..sian zara...next check up zara ikut balik ye..jahat mama & daddy ni tau..;p

DSH



bawak zara - so sebab pagi kene tinggal..petang tebus balik..bawak zara kuar..kalai ni bwk pegi Amcorp..laaaa...Amcorp lagi? sebabnye rase nak borong baju2 lagi...ehheehhehe...then tapau nasik padang utk dinner..malas nak mkn kat sana...perut kenyang lagik...


layan gambo..





yeAyyyy!!!!..sluRrPPPpp...

hipp hipp..hoorayyyyy!!!

hari tu sgt teringin nak makan oyster (walaupun je sebenarnya tidak baik utk preggy woman kerana mentah & high mercury)..tetapi apabila sudah mengidam...nak jugak!!!..heheheh...so hari kamis lepas, kebetulan en.hubby sampai awal utk fetch me (coz dia ade course kat Nikko)..so lepas tu kami pegi ke PJ Hilton utk dinner...weeeeeeee...hehehehe...ekcli pegi sana sbb dekat dgn ofis..malas nak masuk kl sebab takut jem..so PJ Hilton pulak mmg confirm ade oyster..ape lagik...jommmmm!!!...ehehehhehe...so en.hubby jemput me dlm 5.15pm, but the dinner started at 7pm..so sementara tunggu tu, pegi la cuci mata kat Amcorp Mall jap..cuci mata konon..;p ....mane bole cuci je kan...so terbeli la selai baju tido for myself & 1 pair of khakis pants for zara..then beli flash card utk zara...en.hubby beli buku je...gamba cuci mata kat Amcorp takde..gamba makan ade..hehehehe...

my appetizer & dessert (2nd round mase dessert lupe nak snap..kikiki)



antara yang sempat di snap







en.hubby yang tak brape berselera (terkena morning sickness ;p) dan me yg sgt berselera (setelah 'pass'kan morning sickness ;p)

Wednesday, February 24, 2010

sesi berangan - my dReaM home

memandangkan next year umah siap, so sesi berangan sudah bermula..hehehehe...


modern black and white minimalist living room


simple dining room for the 4 of us ;p


my red & white dream kitchen (psstt...psttt..u've promised me ok mr.hubby ;p)



simple & cosy master bedroom


sweet bedroom for zara



cool bedroom for my 2nd jR



mini wall fountain with mini swimming pool (pssttt...our dream also kan mr.hubby?? ;p)



ok...ini dulu buat mase ini...skrg operasi mengumpul duit utk memastikan mimpi menjadi kenyataan...aminnnnn.. :)

Tuesday, February 23, 2010

SaYa dan morNing siCknesS




saye sudah masuk 21wks skrg...TETAPI...still ade morning sickness...muntah2..mual2..pening...haihhhhhh...awat la tak abih2 lagik nie????...dulu mase pregnatkan zara, tak penah muntah skali pun...tapi sekarang nie...hmmmm...pantang ade mknan yang tak kene dgn perut je..abih la selambak keluar..macam2 teringin nak mkn sebenarnya..tapi fobia kuar balik nanti...sangat menyeksakan...demam pun slalu...sakit belakang dah start...padahal dulu bila dah 7bln baru sakit belakang..berat kali ni pun tak naik sgt..ade masanya turun..last sekali hari tu turun 2kg sebab tak buleh makan..ishh..ishhh..ishhh...lain sungguh penangan adik zara kali nie...

Monday, February 22, 2010

stroller

smlm discuss dgn en.daddy pasal stroller..tgh pikir nk beli stroller camne nanti..zara skrg umur 1yr 6mnths..by the time adik dia kluar, zara lagi berapa hari nak masuk 2yrs..still need a stroller la kan...utk adik dia pulak, of coz la kene ade stroller..skrg ni utk zara je ade 2 stroller..1 stroller besar, 1 buggy yang light...pikir punye pikir..kalau nak beli single stroller baru utk adik zara, nanti aklau berjln, sure kene bwk 2 stroller...zara pulak perangai tak buleh predict..karang tetiba tak mau naik stroller, nak jln pulak...sape lak nak bwk stroller dia..nak pegang tgn dia lagi..adik zara confirm la naik stroller..tak pandai demand lagi nak jln kan...so rasenye maybe decide nak beli double/twin stroller...cuma kene byk survey dulu..sbb doble stroller ni ada byk design..lagi pulak kene consider total weight..zara skrg ni dah almost 13kg..blum add berat adik lagik..then kalau design yang depan blkg..confirm si zara takmau dok blkg punye..mane ade view kan...nampak gaya dia ni kaki buli adik skit nanti...ahahahaha...kakak yg garang ;p (ikut sape tah...*mama yek?*..kikikiki)...but kalau letak adik dia kat depan, mau pulak jadik mangsa tendang si kakak nanti...kakak yang serupa abang ini bukan buleh dijangka aksinya..isk...iskkk...so rasenye if nak beli double stroller, kene carik design yang side by side..tapi kene survey dulu..setakat nie smua harga dlm 1500+..gulpp...keh keh keh..haiii...pasal stroller pun pening yek..sib baik baby car seat utk adik zara mmg dah ade..pakai zara punye..baru beli pakai sekali dua, zara takmau pakai dah..nak pakai yang toddler plak...eksennn...ingat dah besar la tuh..hihihihi..




stroller ni susah skit nak consider..takut adik jadik mangsa buli kakak...




can be considered...

sLurrPP..

nyam...nyammm...slurrrppppppp...

nak makan nie..

|

|

|

|

|

|






|

Sunday, February 21, 2010

EmoSi

Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia


If dengar lagu ni..xyah dgr la..kdg nyanyikan utk zara mase dia nk tido pun, mesti tak abih pun 1 rangkap...sure nangis punyer..nape? sbb lirik lagu ni SANGAT BENAR...paling touch my heart the most, tentang kasih ibu dan kasih saudara...hanya yang mengerti ape yang telah dan sedang aku lalui akan memahami kenapa ianya terlalu sedih utk aku...

and this one more song also really touch my heart..

Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Wednesday, February 17, 2010

Nak TenGok...nak TengOk!!!!




Rezeki Rossa buat konsert sulung

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR



ROSSA cukup teruja apabila berpeluang mengadakan konsert sulungnya di negara ini pada 29 Mei depan.

--------------------------------------------------------------------------------



SEJAK menembusi pasaran muzik negara ini hampir 12 tahun lalu, populariti dan pengaruh muzik Rossa memang cukup kuat.

Setiap kali dia muncul dengan buah tangan terbaru, secara automatik lagu-lagu dendangannya akan terus meledak dan menjadi siulan.

Lantunan vokalnya yang sarat dengan penuh emosi baik lagu rancak mahupun melankolik berjaya menggerakkan hati pendengar, merupakan faktor mengapa Rossa menjadi pujaan.

Menyedari dan cukup yakin dengan namanya sudah kukuh di negara ini, Rossa akhirnya bersedia untuk menggegarkan industri hiburan tanah air dengan konsert sulungnya yang bakal diadakan pada 29 Mei depan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Diberi nama Konsert Melodi Cinta Rossa, akui penyanyi jelita ini, dia sudah menyimpan hasrat untuk beraksi dalam sebuah konsert berskala mega di negara ini sejak dua tahun lalu.

Ketika itu, dia baru sahaja selesai siri konsert jelajahnya, Konsert Persembahan Cinta yang diadakan di beberapa buah bandar di Indonesia iaitu Jakarta, Surabaya dan Bandung.

"Sejujurnya ketika itu, saya belum berasa yakin biarpun saya mahu benar-benar mengadakan sebuah konsert di sini.

"Untuk mengadakan konsert, rasanya semua tahu ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan kos yang sangat tinggi.

"Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan apabila saya ditemukan dengan Marctensia selaku penganjur bersama.

"Mungkin sudah menjadi rezeki saya apabila akhirnya saya berpeluang mengadakan konsert besar di Malaysia," katanya dalam nada teruja.

Rossa berkata demikian selepas sidang akhbar majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara syarikatnya iaitu Limaduabelas Musik dan Media Prima Berhad (MPB).

MPB yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan telah dilantik menjadi rakan media untuk konsert berkenaan.

Menyambung bicara, pemilik nama penuh Sri Rossa Roslaina Handiyani ini mengakui, untuk mengadakan konsert besar memberikan tekanan yang bukan sedikit kepadanya.

Ujarnya, dalam merealisasikan sebuah konsert besar, banyak perkara yang perlu diambil kira bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Satu yang pasti kata Rossa, konsert di ibu negara kelak akan pasti berbeza dengan apa yang sudah dipersembahkan menerusi siri Konsert Persembahan Cinta di Indonesia.

"Apabila memikirkan lokasinya sahaja, sudan bikin saya gentar kerana adakah saya mampu menarik sehingga 10,000 penonton untuk menonton konsert saya.

"Insya-Allah, dengan strategi promosi dan pemasaran oleh MPB selaku rakan media, saya percaya konsert ini akan sukses," katanya yang enggan mendedahkan kos sebenar menerbitkan Konsert Melodi Cinta.

Rasanya tiada apa yang perlu dirisaukan Rossa kerana dia memiliki rangkaian lagu-lagu popular dan diminati yang dapat menarik perhatian peminatnya untuk hadir ke konsertnya itu.

Buktinya, pada Konsert Mini Cerita Cinta yang pernah dijayakan Rossa di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur, tidak berapa lama dulu, hampir 1,000 orang peminat membanjiri pusat hiburan tersebut.

Maka itu, tidak mustahil jika Konsert Melodi Cinta itu dapat menarik 10,000 orang penonton seperti mana yang dihajatkan Rossa.

Untuk itu, Rossa tidak akan beraksi berseorangan kerana dia telah mengundang teman duetnya yang juga vokalis kumpulan Ungu, Pasha serta band popular Indonesia, ST12.

"Apabila saya beritahu mereka bahawa saya akan mengadakan konsert di Malaysia, dengan pantas mereka bersetuju," ujar ibu tunggal ini disulami dengan ketawa kecil.

Lebih menarik lagi, Rossa sendiri telah mengundang penyanyi dan komposer muda yang semakin meningkat naik, Aizat untuk beraksi dengannya pada malam itu nanti.

Jelas Rossa, selain Faizal Tahir, dia turut kagum dengan kelebihan dan keistimewaan bakat yang dimiliki oleh Aizat.

"Saya kagum dengan Aizat kerana dia memiliki suara yang cukup indah dan bagus sekali. Teruja sekali saya mahu berduet dengannya nanti," katanya lagi.

Jika hendak dibandingkan dengan seorang lagi diva seberang, Kris Dayanti yang terlebih dahulu mencipta populariti di negara ini, Rossa boleh disifatkan sebagai seorang yang cukup bertuah.

Manakan tidak, Kris yang lebih lama popular tidak pernah berpeluang mengadakan konsert mega tetapi Rossa berjaya mendapat peluang itu.

"Ini yang saya katakan rezeki dan saya percaya kerja keras serta usaha juga menyumbang kepada semua kejayaan saya selama ini.

"Untuk mengadakan konsert di Malaysia, ia bukan usaha saya seorang sahaja tetapi juga semua pihak sama ada secara langsung atau tidak," jelasnya yang begitu kepingin sekali mengadakan konsert di Istana Budaya.

Untuk konsert selama dua jam itu, Rossa telah melantik pengarah persembahan terkenal Indonesia, Jay Soebiyakto untuk mencorak konsep persembahannya kelak.

Jika Konsert Persembahan Cinta, Rossa menggunakan khidmat maestro muzik Indonesia tersohor, Erwin Gutawa sebagai pengarah muzik, tetapi kali ini, Rossa memilih Yovie Widianto.

Jika ada yang tidak tahu, Yovie merupakan salah seorang komposer, penerbit dan penggubah lagu terkenal di Indonesia serta menganggotai kumpulan Yovie & Nuno yang cukup popular dengan lagu Menjaga Hati.

"Buat masa ini, masih terlalu awal untuk saya bercerita tentang konsep dan lagu-lagu, tetapi percayalah, saya akan menyanyikan kesemua lagu popular saya," katanya yang akan menjemput teman-teman seperjuangannya di Malaysia dan Indonesia untuk menonton Konsert Melodi Cinta nanti.

Untuk itu, peminat-peminat Rossa pasti akan dapat menikmati alunan indahnya menerusi lagu-lagu seperti Tegar, Tega, Aku Bukan Untukmu, Hey Ladies, Pudar, Perawan Cinta, Ayat-Ayat Cinta, Atas Nama Cinta, Pujaan Hati, Sakura, Hati Yang Terpilih dan banyak lagi.

Tiket-tiket Konsert Melodi Cinta hanya akan mula dijual bermula 14 Februari ini dengan harga RM58, RM98, RM148, RM248 dan RM348.

wiSh LisT

Sesaje tempek my wish list..hehhehe..nape tetiba tempek wish list? sebab MY BIRTHDAY IS COMING!!!..keh keh keh..


Blackberry Handphone



coach handbags





Diamond necklace



Diamond Ring - Heart Shaped




Guess watch



A honda civic - ni confirm susah nak dpt..hehehehe..

Wednesday, February 10, 2010

Cik LaLa in action..

pantang daddy ade..mesti nak berkepit je..nak tido mesti nak bwh ketiak daddy...iskk..iskk..perampas tahta mama...ahahahaha..




main pun carik daddy...mesti nak ade sebelah dia..hisshhhh..



kan dah kata...nmpk tak en hubby yg tidak berkepala itu? ahahahah..



daddy sujud...cik zara???



stop jap solat...sambung main jap...

Monday, February 1, 2010

Saye sangat TAKUT!

Placenta Previa : Nyawa Anak. Ibu Terancam

Jika tidak dirawat boleh mengalami masalah kekurangan darah
Mengalami pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk mengandung lagi. Mereka bimbang perkara sama akan berulang kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.
Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim. Keadaan ini dipanggil plasenta previa.
Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.
Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan.
Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.
Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.
Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.
Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.
Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia).
Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar, berkata jika tidak diberikan rawatan segera, ibu dan bayi boleh menemui maut akibat kehilangan terlalu banyak darah.
“Wanita yang ada masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina selepas kandungan memasuki minggu ke-28, tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.
“Perkara ini membimbangkan kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam masa singkat. Malah, ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa sebab.
“Jika tidak dirawat, pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah. Ini sebabnya wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin,” katanya.
Bagaimana pendarahan boleh berlaku? Ia boleh berlaku apabila bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak.
Namun, oleh kerana uri tidak boleh meregang seperti rahim, ia merekah pada tempat tertentu lalu menyebabkan pendarahan. Pada peringkat awal, pendarahan biasanya sedikit tetapi ada risiko berlaku banyak pendarahan pada bila-bila masa tanpa tanda atau amaran. Pendarahan ini juga menyebabkan wanita menjadi pucat, berpeluh dan jantung berdegup cepat.
Punca, jenis dan faktor risiko
Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.
Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
• Jenis I atau uri rendah. Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.
• Jenis II atau pinggiran. Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.
• Jenis III atau separa. Uri menutup separuh pangkal rahim.
• Jenis IV atau lengkap. Uri menutup seluruh pangkal rahim.

Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.
Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.
Komplikasi
Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:
• Pendarahan yang banyak.
• Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).
• Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.
• Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku.
• Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku.

Adakah ia membahayakan bayi anda?
Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan bahaya pada bayi. Namun jika menyebabkan pendarahan, ia boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah kekurangan darah.
Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin. Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36 minggu).
Lebih membimbangkan, pendarahan banyak yang berlaku ketika kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan keguguran. Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.
Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi, sama ada pesakit perlu berehat di atas katil, memerlukan pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean. Bagi pendarahan akut (banyak dalam masa singkat), pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.
Malah, pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah jika pendarahan terlalu banyak. Namun, dalam kebanyakan kes, di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.
Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak mengalami pendarahan, mereka masih perlu berehat di hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38 minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.
“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi. Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.
“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami pendarahan. Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34 kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku pendarahan lagi, doktor akan segera melakukan pembedahan Caesarean,” katanya.
Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini berulang. Malah, anda juga boleh mendapat anak sihat dan comel seperti orang lain.
Namun Dr Fatima menyarankan wanita yang ada sejarah plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun. Justeru, persediaan minda penting. Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.
Sebaik mengetahui anda mengandung, bincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak pendarahan. Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku pendarahan.
Kumpulan berisiko
• Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat.
• Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.
• Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid.
• Mempunyai luka pada rahim.
• Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.
• Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.
• Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu.
• Mengandung anak kembar.
• Merokok atau mengambil dadah


Ya Allah..permudahkan lah kehamilanku ini..Berilah peluang untuk anakku melihat dunia ini dan berilah peluang kepadaku untuk membesarkan anak-anakku dengan sempurna..aminnn...