Monday, May 11, 2009
SempenA haRi iBU..
sempena hari ibu..mama nak dedikasikan puisi istimewa utk nyawa mama..Jaszmin Nur Zara bt.Mohd Rizan..
Puteri hati mama..
kehadiranmu amat mama nantikan
sejak pertama kali
kau wujud dalam rahim mama
kau adalah segalanya bagi mama
Puteri hati mama..
Berkongsi nyawa denganmu
Segala kepayahan mama tempuhi dengan sabar
setiap kali mama merasaimu
semakin mama menyayangimu
setiap hari mama dodoikan lagu
buat mengubat kesepianmu
Puteri hati mama..
saat kita bertemu buat pertama kalinya
sebak di hati hanya Tuhan yang tahu
melihat wajahmu secantik bidadari
membuatkan mama terpegun kebesaran Ilahi
hilang sudah derita malahirkan mu
hanya dirimu cahaya hidupku
Puteri hati mama..
Doa mama sentiasa mengiringimu
jadilah kau puteri kebanggaan
kepada keluarga mahupun bangsamu
segala yang terbaik mama titipkan buatmu
biar segala derita mama pendamkan
asalkan puteri bahagia selalu
andai suatu masa tiada lagi mama disisimu
ketahuilah mama terlalu menyintaimu
hanya Jaszmin Nur Zara sinar hidupku
~ mama sayang sangat zara..kiss kiss muahh muahh ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment